Jangan Perlahankan Langkah Anda ================================
Salah satu faktor penyebab seseorang usahawan berputus-asa adalah kritikan negatif yang di terima dari pelbagai pihak.
Kritikan negatif juga boleh membunuh motivasi dan daya gerak orang yang dikritik.
Namun, apa jua bentuk kritikan pun, anda sebagai usahawan jangan terlalu meluangkan masa yang banyak untuk melayan kritikan-kritikan tersebut dengan perasaan yang negatif. Apatah lagi turut sama ‘berperang’ dengan pengkritik-pengkritik tersebut.
Jika menghabiskan masa yang banyak untuk melayan mereka, sudah pasti ia akan memperlahankan pergerakan usaha yang sedang anda lakukan. Ini kerana apabila mereka memulakannya dan anda pula menambah, maka bermulalah babak-babak yang entah bila penamatnya (macam siri tenovela Indonesia beratus-ratus episod).
Lain jika anda tidak melayan langsung, ia pasti akan berakhir di situ sahaja atau yang berdrama hanya si tukang kritik dan kuncu-kuncunya sahaja. Tidak melayan kritikan bukan bermaksud kita tidak profesional, tetapi sebab kita profesionallah kita tidak melayan perkara yang membuang masa kita yang amat bernilai.
Yang Kurang Tidak Semestinya Tak Bagus.
“Kebanyakan orang Malaysia suka melihat perkara negatif. Mereka sering mempersoalkan kenapa kekurangan itu terjadi? Sebaliknya mereka tidak terlalu lihat apa yang baik seolah-olah bagi mereka yang gagal atau kurang itu adalah salah atau tidak boleh sama sekali.”
Begitu juga seperti yang dikatakan oleh Billi Lim dalam bukunya Berani Gagal. Kebanyakan manusia melihat bahawa gagal itu adalah salah besar malah seperti satu dosa. Dan selama ini, pelajaran yang sering dilaungkan termasuk di sekolah dan pusat pengajian adalah lebih kepada mencapai kejayaan. Seolah-olah kalau boleh jangan gagal langsung.
Akibat daripada kesalahfahaman pemikiran ini, maka ramai usahawan tidak kekal lama dalam bidang perniagaan. Mereka tiada jati diri dan kekuatan untuk bangkit kembali. Yang mereka ada cuma semangat untuk berjaya tetapi tiada semangat dan keberanian untuk menghadapi kegagalan.
Mudah ceritanya, kebanyakan orang selama ini dididik agar TAKUT kepada gagal. Kesannya apabila gagal, maka mereka 100% membuat kesimpulan mereka telah GAGAL sepenuhnya dan mereka bersalah besar.
Pelajaran: Kesilapan atau kegagalan dalam setiap usaha bukan kegagalan yang muktamad. Itu adalah pelajaran agar kita tidak melakukan lagi sesuatu yang tidak mendatangkan hasil.
Ambillah risiko, tetapi risiko yang telah dikira.
Kita merancang, Allah jua yang menentukan takdirnya.
jadi..jangan x jadi..rasanya tapak dah diatur..keris dah terselit kemas di pinggang.cuma kena ikut langkah agr tak sumbang.insyallah..akan dapat menghunus keris ini tepat ke sasaran.mati semua petualang2 yang berkata sumbang.terima kasih kerana memberi perangsang.
3 comments:
Ma'ssuk api dulu, lepas tu senang kalu nok buat gapo2.
Jangan Perlahankan Langkah Anda
================================

Wallahu A'lam.
Wassalam

Post a Comment